Saturday 5 March 2011

Hari Merentas Desa

Pada 5 Mac 2011, acara Merentas Desa diadakan di SMKPC1. Warga pagi dan petang bergabung tenaga untuk menjayakan acara ini. Guru sesi petang datang pada sebelah pagi. Terima kasih kepada Kelab Staff SMKPC1 yang menaja sarapan pagi - Nasi Berlauk Ikan Ayo, Kuih Cucur Badak, Pau dan Teh O.






















 Melakukan Renggangan sebelum acara bermula












Cikgu Satiman dan Cikgu Jailani












Memanaskan Badan

Cikgu Azman dan Cikgu Rosli
Peronda kite Cikgu Tengku menggunakan Walkie Talkie semasa menjalakan rondaan sepanjang acara

Tuan Pengetua (Berbaju Putih) sedang bersedia untuk melepaskan para peserta
 



Cikgu Raja (PK Pentadbiran) sedang menyampaikan cenderahati kepada anggota Polis Trafik yang berkhidmat menjaga keselamatan dan kelancaran lalulintas sepanjang acara. Terima kasih kepada semua anggota polis terlibat.
Terima kasih juga kepada semua guru dan kakitangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan acara Merentas Desa tahun ini.

Friday 25 February 2011

Ujian SEGAK

SEGAK telah mula diadakan pada sesi petang pada 23 Februari 2011. Dilaksanakan pada waktu PJK.

 Cikgu Mohd Rapidi sedang memberi taklimat mengenai cara-cara melaksanakan Ujian SEGAK

 

Antara Uian SEGAK yang harus dijalankan oleh para pelajar.

Saturday 19 February 2011

Sambutan Maulidul Rasul

Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 19 Februari 2011. Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, guru sesi pagi dan petang bergabung bagi menyediakan gulai kawah untuk disantap oleh semua warga SMKPC1. Pelbagai aktiviti diadakan seperti Perarakan oleh pelajar sambil berselawat, Ceramah Maulidul Rasul dan Jamuan makan kepada semua.
Seekor lembu telah ditumbangkan dan sama-sama dilapah/disiang oleh warga SMKPC1. Semoga majlis ini dapat diadakan setiap tahun bagi memperingati hari Ulang Tahun Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.